Permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2013 di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mula dibuka mulai 22 Mac 2013. Para lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon program yang ditawarkan iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Permohonan untuk ke Institut Pendidikan Guru (IPG) atau lebih dikenali sebagai Maktab Perguruan ini memang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada mereka yang berminat untuk menjadi guru setiap tahun.
Kickers Women Flower Dark Brown Shopee Indonesia Brustvergrerung 535 Ml. Permohonan Program Kursus Perguruan Lepas Ijazah Kplisch Staffgenius.
Lepasan UEC, SMA/SMU sila rujuk. Program Pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah. Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama 12 bulan atau 2 semestar di institusi yang ditetapkan.
Calon mesti lulus Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun atau 8 semestar di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Syarat Asas. Warganegara Malaysia. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993. Calon hendaklah sihat fizikal dan mental. Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat. Cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran; DAN. Sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:. Bahasa Melayu. Sejarah.
Satu mata pelajaran yang lain serta;. Lulus Bahasa Inggeris. Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon. Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2013 hanya boleh dibuat secara atas talian ( online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal. Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja. Butiran permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak. Tarikh Tutup. Permohonan kemasukan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2013 ini akan ditutup pada 31 Mac 2013.
Maklumat. di atas cuma ringkasan sahaja, sila rujuk dan baca dengan teliti sebelum anda membuat permohonan. Sila rujuk laman web, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM KPLSPM Ambilan, dan sebagai panduan.